first of all..
credit to..PENCINTA TINTA..
asiff jiddan..sahabat2 yang dikasihi sekalian..kebelakangan ini agak sibuk..jadi, susah sangat nak curi masa postkan story2, nsht2..serta pringatan buat tatapan sahabat2 smua(bajet cm ramai je) huu..tp..ana try jgk cari pengisian untuk dimuatkan..moga2 rohani kita tetap terisi dengan 'makanan' yang sepatutnya agar 'khasiatnya' itu masih kita perolehi dan nikmati walaupun dalam kuantiti yang tidak sebanyak sebelumnya..kerana apa yang penting adalah kualiti 'makanan' itu sendiri, bukan kuantitinya.. ^_^ sama2 kita renungkan..selamat beramal.. :)
Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat
- Penerbangan ke sebuah negara.
Dimana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi
- Melalui Al-Quran dan Al-Hadith.
Dimana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi
- Al-Jenazah.
Dimana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi
- Amalan yg tiada caj lebihan berat.
Dimana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi
- Kain putih.
Dimana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi
- Kapur barus.
Dimana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi
- Al-Islam.
Dimana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi
- 'Lailahailallah'.
Dimana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi
- Izrail dan lain-lain.
Dimana dalamnya bukan lagi 1st, business atau economy class, tetapi
- hanya sekadar keranda kayu yg diukirkan.
Dimana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi
- Tanah perkuburan.
Dimana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi
- bilik 7 kaki dalam & gelita.
Dimana pegawai imegresen adalah
- Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan.
Dimana tidak perlu
- Pegawai kastam dan alat pengesan.
Dimana lapangan terbang transit adalah
- Al-Barzakh.
Dimana destinasi terakhir samada
- Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya..
- Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.
Penerbangan ini tidak akan
- hijack atau dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang.
Sajian tidak akan
- Disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haramnya.
Jangan risaukan delays
- penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pd masanya.
Jangan fikirkan tentang hiburan dlm penerbangan
- Kerana anda telah hilang selera bersuka-ria.
Jangan bimbang tentang tempahan
- Ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu.
Ya! Berita Baik!! Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda
- Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini.
Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh! Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa
- 'AMARAN'
Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk
- PENERBANGAN
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
FIKIR-FIKIRKAN!!
dicopy dari:::http://pencintatinta.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment