::saLaM saTu AkiDaH::

::saLaM saTu AkiDaH::
~ahlan wasahlan wamarhaban bikum~

Monday, May 9, 2011

FiQh IbaDaH~ Munakahat..^_^ [mahar]

salam alaik..buat semua pembaca yang dikasihi sekalian..~

Alhamdulillah..hati kembali mendapat ketenangan serta merasai kedamaian dariNYA..
syukran lillah diatas nikmatMU yang tidak terhitung oleh hambaMu ni..sangat banyak .. :)






Memandangkan sekarang adalah musim study week, jadi..mood study skang ni lebih sikit..~
Jadi(bape bnyk jadi daa)  post kali ni.. berkisar tentang..MUNAKAHAT.. iaitu salah satu tajuk dalam subjek FIQH IBADAH. Di sini..nak share sikit laa..apa yang ana dapat hasil daripada mur0ja'ah..~:::






MAHAR...
dikenali juga sebagai maskahwin: merupakan satu pemberianyang diwajibkan ke atas seseorang suami apabila  berlangsung perkahwinan dengan perempuan(yang bergelar isterinya)
menjadi hak milik isteri sekalipun masih belum disetubuhi suami.


kita beralih pula kepada hukum mahar..
hukum mahar adalah WAJIB! berdasarkan firman allah dalam surah ANNISA' ayat 4..




yang membawa maksud:
"dan berikanlah kepada perempuan -perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang WAJIB (mengikut kerelaan mereka)


*mahar bukanlah rukun atau syarat sah perkahwinan.
*disebut dalam akad hukumnya sunat.
*tanpa menyebutnya, akad tetap sah..





SYARAT-SYARAT::


antara yang boleh dijadikan mas kahwin:
barang    benda    pekerjaan   kemahiran...


dengan syarat..::
1) hendaklah diambil dari barang @ benda yang suci atau pekerjaan yang bermanfaat
2) ia adalah milik si suami
3)mampu menyerahkannya kepada si isteri. Mahar tidak sah jika benda/barang sedang dalam rampasan orang dan si suami tidak mampu menyerahkannya kepada si isteri 
4) diketahui sifat dan jumlahnya.




KADAR MAHAR


kadar mas kahwin tidak ditetapkan oleh syarak


oleh itu, kadarnya adalah ditentukan oleh kedua-dua pihak (pengantin lelaki dan perempuan) mengikut kemampuan si suami dan dengan persetujuan bersama.
Sabda Baginda dalam salah satu hadisnya::






tetapi mahar yang baik adalah mahar yang sederhana kadarnya iaitu tidak terlalu mahal dan tidak terlalu mudah.. Suami wajib membayarnya dengan kadar dan nilai yang seperti yang disebut dalam akad. Jika kadarnya tidak disebutkan dalam akad, maka sisuami hendaklah menunaikannya sebagaimana yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.


apa yang menarik disini, saya ingin kongsikan beberapa cerita tentang mas kahwin...
kisah-kisah ini adalah diambil daripada potongan-potongan hadis yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabat baginda..


salah satu daripadanya..
diriwayatkan oleh anas..bahawa nabi s.a.w telah memerdekakan safiyyah dan menjadikan kemerdekaannya itu sebagai mas kahwinnya..menarik bukan??
memerdekakan hamba boleh dijadikan sebagai mahar..subhanallah..begitu indahnya ajaran ISLAM~


kedua:: diriwayatkan oleh abdullah bin amir bin rabi'ah, daripada bapanya..bahawa rasulullah telah mengharuskan perkahwinannya  dengan seorang perempuan hanya dengan sepasang sandal sebagai mas kahwin. lihat..betapa mudahnya ISLAM.. ^_^


kita lihat lagi..kisah ke tiga:
menurut satu riwayat, abu talhah al-ansari telah meminang Umm sulaim..akan tetapi..abu talhah belum lagi menganut islam pada ketika itu..Umm sulaim menjawab:: "jika kamu menganut Islam, maka itulah mas kahwin saya". Maka dengan ucapan itu, Abu Talhah menganut agama islam dan pengislamannya itu menjadi maskahwin perkahwinannya.


di sini dapat ana simpulkan..
ISLAM itu mudah..mengapa kita memayahkannya?
yassiru wala tu'assiru...
ISLAM itu INDAH..
jangan dirosakkan keindahan itu..
ISLAM itu PRIHATIN..
janganlah kita berlaku zalim..


sekadar perkongsian dari ilmu yang masih cetek..dan fikiran yang bertunas matang..
moga mendapat manfaat darinya..wallahu'alam..~ 




No comments:

Post a Comment