::saLaM saTu AkiDaH::

::saLaM saTu AkiDaH::
~ahlan wasahlan wamarhaban bikum~

Monday, December 19, 2011

never ever giv up!!

salam 1 akidah..
salam ukhwah fillah..
hari yg cukup indah..
what??result dah keluar dah??
***
hee..saje je..intro gimik tuh..
anyway..memang da taw result keluar hari ni kan..
saja kasi gempak..
hmm..apa yang ana nak share
bukanlah pasal result..
tapi adalah sikit kaitan tu
izinkan aku menjadi diriku..
anyway, let me think 1st..
.
..
...
....
.....
....
...
..
.

---------------
[izinkan aku menjadi diriku]
terngiang-ngiang jeritan prinsip hidupku..
dalam diri aku sendiri
wake up!!neva giv up!get ready to fight!!

ya Tuhan 
kenapa aku tak sekuat dulu?
dulu..
prinsip yang aku pegang itu benar-benar menjadi penguatku
menjadikan aku insan yang tak pernah mengenal erti putus asa
lemah,tak bermaya, beralasan..itu bukan diriku
semangat pada ketika itu berkobar-kobar..
inginkan sebuah kejayaan
bukan sekadar kata-kata atau janji palsu
tetapi ingin ku buktikan kepada ayah dan ibuku..
 dari mana datangnya semua itu??
dari Mu ya ALLAH..
aku lemah tanpaMU..
kembalikan semangat itu..
aku mahu diriku yang dulu..
...
mengimbau kenangan lalu..
aku bukanlah dari keluarga yang senang,mewah..tak..
aku bukanlah dari keluarga yang memang dilahirkan cerdik pandai..
tak..
aku bukanlah datang dari keturunan yang namanya gah..tak..
tapi aku punya IMPIAN..
CITA-CITA..
aku ingin menjadi seorang yang LUAR BIASA..
bukan insan yang biasa-biasa..
aku berjanji pada diri..
akan ku buktikan pada dunia..
kejayaan itu boleh dicapai oleh orang biasa
dengan usaha yang luar biasa..
aku akui..pengorbanan juga bukanlah biasa-biasa..
di saat kawan-kawan lain boleh ke tuisyen..
aku bertemankan buku di meja study bilik sendiri
di kala kawan-kawan mendapat wang untuk ke kem dan seminar..
aku hanya menunggu seminar percuma tajaan pihak sekolah..
namun diri ini tidak merasa kekurangan..
malahan aku bersyukur..
ALLAH masih beri aku peluang..
dan alhamdulillah..
detik yang menggembirakan..aku diumumkan sebagai pelajar harapan sekolah
namun hati ini cukup bimbang..
takut jika pencapaian tidak seperti yang diharapkan..
namun..
ALLAH tu baik kan..
DIA sangat dekat dengan persangkaan hambaNYA..
apa yang aku pegang..
'Allah tidak pernah mensia-siakan doa hambaNYA..'
kerana DIA ada berfirman dalam kalamNYA yang bermukjizat..
'mintalah padaKU nescaya akan AKU kabulkan'
alhamdulillah..berkat usaha,doa dan tawakkal..
result SPMku..alhamdulillah~
memang tidak dapat digambarkan dengan kata2..
betapa gembiranya hati ini..
rasa terbayar segala kepenatan dan kelelahan selama ni..
tidak kunafikan, tanggapan family padaku turut berubah.. ^_^
terima kasih ya ALLAH..
***
apa yang ingin dikongsikan di sini bukan jumlah A yang berjaya aku kutip dalam SPM
bukan jua berapa banyak hadiah yang aku dapat dari kawan2 n sdare mare..
jauh sekali tentang tawaran-tawaran yang aku dapat..
sebab aku percaya, semua itu rezeki yang dah tertulis buatku dan hamba-hamba ALLAH yang lain..
yang ingin dikongsikan disini adalah betapa cekalnya sekeping hati
dan teguhnya sebuah prinsip demi mencapai cita-cita dan kejayaan berbekalkan keazaman
dan kebergantungan kepadaNYA..
ya, hanya kepada-NYA semata-mata..
=======
Sesungguhnya allah itu amat dekat dengan persangkaan hambaNYA..
Allah tu baik kan??
kalau nak sambung cerita kisah perjalanan hidup ana nih, malam besok pun tak habis..
cuma nak tekankan..yang kita mesti sentiasa bersangka baik dengan DIA..
kenapa??sebab Dia tidak pernah menzalimi hambaNYA..
walaupun aku rasa paper akaun hari 2 'susah giler'
sampai aku kua dewan nangis2..
tapi apa yang aku pegang..
'ALLAH kan MAHA KUASA..pasti berlaku keajaiban..

dan aku tak kan pernah berhenti berdoa dan berharap,semoga DIA berikan aku yang terbaik'
.........
normally, orang akan sibuk buat solat hajat waktu dekat2 nak exam kan..
tapi apa yang aku tahu, exam belum lagi berakhir selagi result belum sampai di tangan..
anything can happen, rite?
[nak cakap bi konon..broken pon broken la]
jadi..suka untuk ana ingatkan..istiqamahkanlah diri antum dengan solat hajat walaupun exam dah habis
ya..sangat mustajab..buktinya..SPM..(dari pengalaman sendiri) ^_^
ya RaBBi..indahnya hidup ini andai segala pergantungan hanyalah padaMU..
cukuplah ALLAH bagiku..~
****

actually tengah sedih dengan result yang baru dapat ni kan..
terimbau lah kenangan sewaktu di sekolah..
itu yang jadi keluar cerita zaman SPM tuh..
anyway..rasa xbest la entry nih..
rasa macam lari topik pun ada..
itu yang lambat post tuh.. :(
no idea??
ya!! seems very difficult for me to write bout this..
but i'd try my best..
to gain my spirit and motivate myself..
i must do this..
tapi, macam ketinggalan pun ada, sebab benda ni kan dah lama..
[7hari dalam draftbox kot]
huhu.. what ever~ yang penting, lepas la jugak niat nak post something bout result kan.. ^^


p/s: sori..entry kali ni agak boring n buhsan..
kepada 'si pencabar'[yg dicabar actly] anda boleh tuntut hadiah..
but remember! i'll neva eva giv up!!
s.e.k.i.a.n.

Sunday, December 4, 2011

k.E.L.i.R.u.

Dengan Nama Allah yang MAHA Pemurah lagi MAHA Penyayang..
izinkan jari ini menari mengikut rentak hati yang sedang dilanda ke'keliruan'
buntu..Ya Rabbi..hambaMU ini diuji..
***
sedih+kesal+terkilan=hampir putus asa[seeking 4 HIS LOVE]
hairan+keliru+xpercaya=istikharah[mohon petunjuk]
lihat,fitrah kita akan selalu mencari sesuatu yang lebih BERKUASA untuk memeberikan bantuan
apa yang membuatkan ana keliru adalah tentang perasaan ini
kenapa semenjak dua menjak ni entry banyak berkisar tentang 'perasaan'??
mungkin banyak konflik yang berlaku yang telah menguji sejauh mana kesabaran & ketahanan jiwa ini..
ya Tuhan..hambaMU ini diuji..
benarlah,kita akan diuji dengan setiap apa yang kita perkatakan..
teringat slot LDK waktu di kem dulu..

***
seorang peserta bertanya:
'akak,kenapa umur sekarang ni kita rasa ingin menyayangi dan disayangi??'
berbekalkan ilmu yang tak berapa tinggi, ana cuba jawab soalan itu sekadar yang termampu..
rasa segan plak nak share kat sini..hanya ALLAH saja yang tau..
susahnya nak karang jawapan untuk soalan tu..
ok stop!habis disitu..

dalam masa yang sama diri ni pun sedang mengalami konflik hati..
haisyy..masalah hati lagi.. :'(
tidak ku pinta..k fine..
smua 2 fitrah kan??sape kita nak halang fitrah yang allah dah kurniakan ni?
memang tak mampu..tapi,at least kita dapat kawal..yaa..tapi,
sejauh mana KEMAMPUAN kita tuh??

K.E.L.U.
ana dirisik, kata si lelaki 'hajat nak mendirikan rumah tangga 2013 nanti..'
mampukah aku??setelah istikharah..teruskan je..
tapi hati ni..langsung tak ada perasaan kat dia..
pelik kan??fikir punya fikir, alhamdulillah allah buka kan jalan..dan dia memang bukan untuk ana..
so..TAMATlah cite ni..

P.E.L.I.K.
kehadiran seorang akhi dalam hidup aku..yang dah aku anggap macam abang sendiri,
tiba2 jadi sangat caring..n penyayang..
ok,stop sal! ko je yang perasan..fine..
PERASAN?? aku bleh terima statement 2..tapi..engt!aku juga ada PERASAAN..
duhai adam..fahamilah,hati hawa sangat lembut, mudah tersentuh..
even dengan kebaikan yang bagi korang 'ala biasa la 2,dia tolong sebagai abang,sebagai kawan..jangan fikir lain pulak'
0wh..kalo la aku bleh bagitau hati ni..'duhai perasaan,tolong jangan rasa macam ni'
dan tiba masanya aku bertegas..
'usah disentuh hati kaum hawa,kalau tak ada niat apa2'
**
dan..statement 2 la yang buat dia mengaku..
sebenarnya,ada seorang sahabat yang menaruh harapan pada enti, nak ikat  dengan cara yang betul..
cuma ana belum boleh bagitahu siapa dia..sebab belum masanya lagi..

ase nak luruh je jantung time tuh..
habis selama ni yang dia dok caring sangat apasal??
nak menjaga la katakan..huhu..
ok..kalau itu yang terbaik, ana redho..
***

so, the moral of the story..
jangan terlalu cepat menilai seseorang
kebaikan mereka jangan disalah ertikan..
syukran buat akh ***** yang banyak membantu terutama waktu kem
ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa baik akh..

[i hope it will be the last LOVE entry]



Wednesday, November 2, 2011

[c0pied from dr.cinta punye blog]







.Best viewed with Mozilla Firefox.

Nuffnang Ads

20110204


Surat untuk kamu yang tidak aku ketahui siapa

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




(To copy: please press ctrl+c and paste ctrl+v; I've to disable right click for some reason, thank you~)




Salam to all readers~ =) Rasa macam dah lama tak tulis tentang ni. Please let me be...







***



Kehadapan bakal suamiku yang aku sendiri tidak tahu siapa kamu;




Kumulakan bicara ini kepada kamu dengan menyebut nama Allah yang Agung. Maha Suci Allah yang menjadikan aku dan kamu, lelaki dan perempuan. Sebenarnya aku agak canggung untuk menulis tinta ini buat kamu. Ya, siapa pun kamu yang telah ditakdirkan Allah untukku, aku bersyukur seadanya, mengurniakan kamu padaku pada suatu masa yang telah Allah tetapkan.






Aku sedang menjaga hati ini hanya untuk kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa. Aku sedang menjaga diri ini untuk yang sah memiliki. Aku juga berharap yang sama dari kamu. Maka, aku tidak akan seenak-enaknya memberi senyuman manis kepada lelaki-lelaki lain. Aku juga tidak mungkin menyerahkan cinta dalam hati ini yang masih tersimpan rapi untuk kamu yang aku tidak ketahui siapa.





Pertamanya, aku mohon maaf secara terbuka, andai episod semalam pernah menyaksikan kecundangnya aku dalam bab cinta. Baru aku sedar, aku tidak pernah memberikan cinta kepada mereka, aku menipu diri sendiri. Yang pastinya, aku tidak pernah jujur. Aku bilang aku cinta tapi sebenarnya tidak; mungkin kerana keseronokan semata. Aku mohon maaf untuk itu andai kesucian hati sebelum ini pernah dirobek.




Kamu yang tidak ku ketahui siapa;



Aku cuma menginginkan kamu sedang dalam persediaan. Aku tidak kisah siapa pun kamu, yang penting kamu belajar. Menambahkan ilmu pengetahuan di dada, agar suatu hari nanti kamu boleh mengajar anak-anak kita dengan ilmu kamu. Aku tidak suka lelaki yang membuang masanya, berhabis masa bermain game PS2, atau chit chat kosong semata, atau hobinya melepak di warung-warung kecil di tepian jalanan. Kerana aku mementingkan ilmu sebagaimana aku sedang berusaha untuk meraih ilmu kini.




Aku juga mahu kamu yang tidak ku ketahui siapa kuat untuk berjaga malam demi merebut kasih Allah. Aku ingin, setelah pernikahan kita nanti, malam-malam kita diisi dengan tahajud cinta kepada-Nya bersama. Aku sangat menginginkan detik ini kerana aku sangat sukar melakukannya sendirian. Dan aku sangat mahu engkau yang menjadi imam pada setiap solat-solatku. Tolong tunaikannya...





Aku pasti sangat bersedih andai aku bisa dibuka hijab untuk melihat perlakuanmu kini, pemakaianmu, dan akhlakmu. Entahlah, dari dulu sehingga sekarang, aku sukar menerima lelaki yang memakai seluar pendek sehingga menampakkan aurat mereka. Aku sedang menjaga auratku juga dari terlihat oleh orang yang tidak sepatutnya, yang bukan halal bagiku. Aku sangat dukacita andai kamu yang aku tidak tahu siapa mudah patah hati dalam perjuangan menegakkan syiar di jalan Allah. Aku tidak mahu kamu mudah berputus asa, kerana aku akan sentiasa mendoakan kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa sentiasa bersemangat menjulang panji-panji agama. Semoga kamu bisa menjadi seperti Asadullah.




Maafkan aku, jika sebelum kita bertemu ini, akhlakku masih pincang, kata hati sering diikuti. Kerana itu Allah belum menemukan kita, kerana kita masih dalam perjuangan; perjuangan memburu cinta Illahi. Agar kasih kita suatu hari nanti bersandarkan kasih-Nya.




Bakal zaujku,



Aku sangat takut untuk mengharungi dunia ini seorang diri. Aku takut melihat jatuhnya akhlak remaja kini, aku takut andai aku terjerumus dalam semua itu. Aku juga khuatir melihat dunia kini semakin usang untuk didiami kerana tandusnya akhlak muda-mudi. Dunia kita kini jauh beza, dunia kita tidak sama dengan dunia Islam dahulu. Tiada lagi pemuda seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang menakluk Kota Konstantinopel pada usianya 22/23 tahun. Kiranya, aku pernah minta kepada Allah, agar Dia mengirimkan engkau secepatnya kepadaku agar aku dapat berlindung kepadamu tapi aku tahu kamu masih dalam proses membina diri, maka aku tidak mahu mengganggu fokusmu.




Yang paling penting, semoga engkau dapat menghormati kedua orang tuaku dan anggap mereka sebagai orang tuamu juga. Kasihilah mereka dan aku minta agar aku dapat berbakti untuk mereka walaupun tanggungjawabku akan beralih padamu suatu ketika.





Aku tidak tahu; sama ada bakal zaujku yakni kamu ini apakah aku kenal atau pun tidak. Siapa pun kamu aku terima seadanya, cuma aku mohon semoga kamu punya iman dan agama untuk membimbingku suatu hari nanti apabila tiba masanya saat kita dipertemukan Allah. Maafkan segala keterlanjuranku sepanjang hayatku sebelum kita dipertemukan; iaitu saat ini. 


Akhir kata, semoga Allah melindungi kamu dan aku walau di mana pun kita berada. Semoga Allah lah yang akan menjadi urusan utama kita pada setiap ketika, semoga syiarnya kita bisa perjuangkan walau di mana jua kita berada. Aku berharap agar imanmu sentiasa sihat. Insyaallah, aku akan cuba sedaya upaya untuk menjaga diriku sebaik mungkin. Hidupku cuma ada Allah, dan itu keyakinanku. Semoga kita dipertemukan oleh Allah pada masa yang telah Dia tetapkan untuk kita. =)








Aku tidak meminta kesempurnaan dari kamu, aku cuma meminta persediaan dari kamu untuk bersedia membimbing dan dibimbing, mentarbiyah dan ditarbiyah serta mendidik dan terdidik. 







Monday, October 17, 2011

:::::tak marah, okay!::::::

salamullahu alaik..
sekadar ingin meluahkan apa yang terbuku dihati selama ni
memang..betul la tajuk entry tuh! aku tak marah..
memang tengah ok sekarang nih, bukan nada perli or apa2..cuma mungkin ini cara terbaik untuk beritahu kalian
tentang apa itu erti sebuah 'keSABARan'

****
diam berfikir..yaa..adakalanya diam itu perlu
diam untuk berfikir, membuat pertimbangan..
tapi, adakalanya diam itu juga tandanya setuju..
[ayat owang merisik@ meminang salu camtu]
tapi ada jugak diam yang berada pada tahap kritikal..iaitu diam menahan marah..
diamnya seseorang itu kerana menahan marah adalah mulia..
kerana apa?kerana kesabarannya, mampu mendiamkan apa yang dirasakan 
sangat sakit,geram, and macam2 lah..
tapi seandainya dia mampu mengawal kemarahan itu dan memaafkan dengan tulus dan ikhlas..
maka berkali2 ganda mulia lah darjatnya disisi ALLAH..
kerana DIA sendiri telah berfirman.."innallaha ma'aSs0birin.."
***
apa yang ingin diluahkan di sini..adalah tentang orang yang selalu buat orang lain marah,geram,sakit hati..
macam mana tuh?kalau sekali dua terasa,ok lagi,boleh maafkan, ok lah kan..
kalau dah banyak kali sangat?and ramai pulak 2 yang tak puas hati dengan dia..
means..ramai yang 'naik marah' sebab perangai dia..
hmm..macam mana ye??
pernah dengar tak, tahap kesabaran dah capai TAHAP MAKSIMUM??
mungkin disinilah kemuncaknya, ALLAH nak uji betul ke hamba ni seorang yang penyabar..
kesimpulannya..sabar jela..
tapi!!ingat..sabar pun biarlah bertempat..
tatkala maruah diinjak2..tika diri dihina dikhalayak..
emm..memang kena diam and sabar je ke??
mana hak kita sebagai khalifah dibumi ni??
tegakkanlah kebenaran..tapi biarlah kena dengan caranya kan..
sebab semua benda kita buat, kena la ikut rukun..
ISLAM itu sendiri ada rukun yang perlu kita patuhi..
jadi, disini ingin ana kongsikan sedikit info..
***

RUKUN MARAH:
1. Orang yang marah
2. Orang yang dimarahi
3.Sebab marah.

jika lengkap tiga rukun ini, maka marahlah..
jangan pula orang yang  marah dan dimarahi itu bertelagah..biarlah satu pihak bercakap dan satu pihak lagi diam(mendengar)..
setelah habis pihak pertama marah, pihak kedua pula mengemukakan sebab..
mungkin apa yang dilakukan itu adalah sesuatu yang tidak sengaja..
dan mungkin juga satu2 pihak itu tidak sedar bahawa dia telah membuatkan satu pihak lagi marah..
kesimpulannya..
marah itu perlu.. :)
tapi biarlah kena pada tempat n caranya pun biarlah betul.. ^^
***

ok..ada lagi..
hmm..kalau perempuan marah, lelaki suka sangat cakap 'hormon xstabil'
'biasalah kalau perempuan emo tandanya..****'
 da lali sangat dengan statement2 camtu..
tapi sedarkah kalian kaum adam..
hawa tidak akan marah tanpa sebab..
kalau dikatakan emo..emo itukan perasaan..kenapa??kaum adam tak ada hati kah?
tak tahu apa itu perasaan??
mungkin sengaja butakan mata, pekakkan telinga, tapi ketahuilah, kami kaum hawa juga manusia..
jasad dan fizikal yang didera lebih mudah hilang parutnya berbanding mental dan emosi yang merana..
sekali hawa disakiti..walaupun bisa sembuh, tetapi parut tetap kekal..
ana hairan..kenapa masih ada kaum adam yang suka memperkecilkan kaum hawa..
fine..tak semua, cuma segelintir..tapi diri ni tetap kesal dengan sikap kaum adam yang macam tu..
susah sangat ke nak cakap 'boleh saya tolong?'
sampaikan kerja berat dan yang memang layak untuk kaum laki, perempuan yang buat,
masih diam lagikah?sekadar tengok?
hmm..ana tak paham lah..apa perasaan kaum adam yang macam ni..
ok..fine, selagi tulang empat kerat ni mampu..tidak akan sekali-kali aku mintak 'mintak tolong boleh?'
tapi kalau da diluar kudrat tu..memang mintak jugak la kan..'nak mintak tolong sket boleh?'
itu pun berapa kerat je yang sanggup n betul2 tolong..
duhai syabab..beginikah sikap kalian??
ke istilah 'syabab' tu dah kurang sesuai??
come on bro!! tak boleh fikir lagi ke kalau dah sampai tahap macam tuh??
kesal2..cukup kesal.. :'(
*tak marah ok..xmarah..~
mana sensitiviti kalian sebagai seorang pelindung kepada kaum yang lemah?
atau..kalian menganggap kita ini sama??
semua orang mampu?
salah sangkaan kalian..
duhai adam,ketahuilah..mereka yang sanggup menawarkan pertolongan disaat diri ini masih lagi mampu
sebenarnya amat bahkan LEBIH DIHARGAI berbanding mereka yang menawarkan pertolongan bila nampak
kaum hawa itu memang dah betul2 tak mampu..
[yang tak tolong langsung tu tak yah cakap la]

huhu..tak tau nak buat ayat macam mana dah..
dan bila semua dah ok..alhamdulillah..
sekurang-kurangnya..kata maaf dari kalian membuatkan kami lupa segala kepenatan n kesusahan sebelum ni(lupa ke?macam ingat lagi je..huu)
TAPI!! nak tunggu kata maaf tu pun susah..
apa ni?mana kome campakkan kemanusiaan kome??
aiii..aku pantang  betul laa orang yang susah nak ucap terima kasih n mintak maaf nih
bukan kena bayar pun!!
susah sangat ke?
sekali lagi nak tanya..SUSAH SANGAT KE???
ok..DIA lebih mengetahui..tak lapar pun dengan kata maaf n terima kasih korang tu..
janji..kami buat semua ni keranaNYA..
namun, andai tiada nilai kerjasama, simpati, pengorbanan..
apa ertinya sebuah persaudaraan??
bukankah orang mukmin itu bersaudara??
***

setakat ini dululah coretan pada kali ini..diharap luahan ini mendapat perhatian..
(ayat apa nih?)
fikir-fikirkan..
sesungguhnya yang baik itu daripada Allah, dan yang kurang itu adalah dari kelemahan diri ana sendiri..
asiff jiddan..wa syukr0n kasir0'~wallahu'alam


nota bukulali:: mengharapkan detik2 manis disini, sebelum aku melangkah pergi..
[cehh..gaya cam nak pergi xbalik2 dah tuh] ^_^
apa2 pun..terima kasih kerana sudi ajar aku erti sebuah 'kekuatan' n 'kesabaran'..

Wednesday, October 12, 2011

Cukuplah ALLAH bagiku..

salam alaik..
lamanya xmenulis,ase janggal sgt2..sgt2 janggal..ih,apa2 lah..ayat terbalik,terpusing,terbelit, huu
itu melambangkan pemikiran yang tengah kusut, serabut,huh!!
wahai diri, apa yang berlaku nih??ce cte, ce cte..
asiff jiddan, 2 3 hari ni ana dilanda kesedihan yang amat sangat..

kenapa??sebab..sebab..sebab sedih laa..sukar diungkap dengan kata-kata..(ayat apa neh??)
dan klimaks kepada kesedihan tu, macam biasa laa..kuhadapkan diri pada KEKASIH
[apa nih?time sedih baru nak ingat DIA ke??] astaghfirullah..banyak lagi nak kena muhasabah ni
jadi, di sini ana nak seru diri dan sahabat2 untuk sama-sama muhasabah
mengapa Allah timpakan ujian kepada kita?
mungkin Dia rindu akan suara hambaNYA..rindu akan tangisan rayuan memohon ampunan
lantaran dosa-dosa yang dilakukan..sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak..
manusia memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, namun sebaik-baik pendosa adalah mereka yang bertaubat..[sentiasa menyucikan diri]
****

mungkin kesedihan ini disebabkan kelalaian hamba sendiri
susah la nak terjemah dalam bahasa mudah..
akan jadi ayat complicated gak..haisyy
tiba-tiba jadi tak paham ngan diri sendiri..
apa yang ana dapat dari usrah semalam, benar-benar membuatkan ana berfikir..panjang
dan merenung diri, muhasabah
kata adik usrah "akak,saya segan la dengan orang-orang yang pakai tudung labuh ni, rasa diri ni jahil, tak layak, kerdil..hmm..dan saya cukup respek orang yang boleh istiqamah pakai, even bersukan, diorang tetap dengan tudung labuh tu, bagi saya mereka ni hebat".
hampir gugur air mataku..
begitukah pandangan manusia??
pada pandangan Allah?/adakah masih dianggap tinggi??
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, ana cuba jelaskan..
"dik, dipandangan Allah, semua manusia itu sama, apa yang membezakan adalah taqwa..pakai tudung biasa tak semestinya jahat, asalkan dilabuhkan tudung itu melebihi paras dada, itu sudah cukup, sudah mengikut syariat..namun jika yang pakai tudung labuh, dan tutup aurat dengan sempurna ni, memandang insan lain dengan pandangan yang hina dan penuh dengan kekurangan, maka sia-sialah, amalannya ibarat debu-debu yang berterbangan..sebab setiap amalan kita ni malaikat akan bawa bertemu allah, melalui 7lapisan langit, namun tatkala sampai dilangit ketujuh, didapati amalan itu disertai dengan riak, ujub, maka Allah dengan murkanya melemparkan semula amalan itu kemuka hambaNYA..tidak diterima..sia-sia kan??"
ringkas jawapanku sudah cukup untuk membuatkan diri yang sedang berbicara pada ketika itu turut mengalirkan air mata..
ya Allah, adakah amalanku diterima??
Jadi, apa yang penting adik-adik, buat sesuatu itu ikhlas, kerana allah
bukan kerana pandangan manusia semata-mata.
****

apa yang ana risaukan..hati ini..
hati yang penuh dengan titik-titik hitam, noda-noda dosa..
layakkah untuk dibawa bertemu ALLAH?
risaunya diri ini andai dibawa izrail bertemuNYA dalam keadaan yang masih 'kotor' 
dan tidak sempat menyucikan kekotoran hati ni..
nau'zubillah min zalik..
jadi di sini ana ingin menyeru sahabat-sahabat,
marilah sama-sama kita berusaha menyucikan hati,
koreksi diri, muhasabah kembali diri yang serba kekurangan ini..
moga usaha kita mendapat tempat disisiNYA..
aminnnn..insyaALLAH..

Tuesday, September 20, 2011

Buat ReNunGaN & MuhAsABaH beRsaMa~

Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupaiPENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...
 AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.....
Duhai sahabat..
Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita ???
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu...
Saat mereka bertanya...
Mengapa kau mencintai ALLAH ?

Hidup dan matiku....... 
Segalanya untukNya......

Tuesday, June 21, 2011

new life begins today~ ^_^

semangat..semangat..dan semangat!!hhee
alhamdulillah..allah kurniakan ana semangat baru..tak tahu kenapa, semangat sangat nak tulis entry kali nih
sebab..sebab..sebab.... :)
ce cte..ce cte..hee
tapi, sebelum tu, ce teka..ce teka..









tett..masa tamat..!:)

o0pp..salah tu..ok2..jawapannya..sebab..
hari ni hari pertama kelas..untuk sem3..
dan hari ni ana dapat jumpa semua sahabat-sahabat yang ana rindu..[acece]
yela..3minggu tak jumpa kan..hee
entah-entah ana je lebih-lebih..depa tak rindu ana p0n..


euww..bur0k la muke owang tua nanges..
ala ucuk2..baby ni mesti t0mey kan.. ^^

ok..ble sal stat mrapu..dah2..enuff2!!



ok..tak baik buang masa kan??jom..terus ke topik utama..
di sini ana ingin kongsikan satu kisah..berkenaan

..ERTI HIDUP..

firman allah s.w.t..

وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون
yang bermaksud: tidak AKU ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU..
lihat..betapa besarnya makna hidup ini..
tujuan allah jadikan kita adalah untuk beribadah kepadaNYA..
tetapi malangnya..bukan ibdah yang dilakukan, tetapi maksiat yang mengundang kemurkaan

namun, allah masih sayang akan hambaNYA..masih diberiNYA peluang untuk hidup..
dengan nikmat kesihatan, anggota yang cukup, nikmat kasih sayang, kemewahan..
dan banyak lagi lah..kalau nak tulis semua..1page ni pun xcukup..
nak kira pun tak boleh.. sepertimana firman allah yang bermaksud..
sesungguhnya, nikmatKU amatlah banyak sehingga tidak terhitung(banyaknya)

 Ibnu Abbas mentafsirkan perkataan ليعبدون dengan makna ليعرفون yang membawa maksud untuk mengerti(mengenal dengan lebih dalam lagi)


sedikit petikan yang diambil daripada minit mesyuarat pertama..
[seumur hidup.,ni la 1st time wt mint mesyuarat..hee..blaja2!!]


المحبة ثمرة المعرفة,
cinta atau sayang itu berputik dengan mengenal(tahu). Seperti juga pepatah, ‘tak kenal maka tak cinta’.
Apakata kita tukar?selalu sangat guna pepatah tu. Rasanya lagi sesuai guna, tak kenal maka ta….??ta’ruf. :)

فمن عرف الله أحب
ومن عرف الله أحب رسوله
ومن احب السول, أحبه
Sesiapa yang mengenal allah akan mencintaiNYA
Sesiapa yang mengenal allah akan mencintai rasulNYA
Sesiapa yang mencintai Rasulullah, akan dicintainya



 12.34a.m::tergendala.,tergantung..terlambat..dan macam-macam ter lagi la..
alhamdulillah, setelah lama berada dalam draft box tuh, ana masih ada peluang untuk menyambung kisah ni..sebenarnya pengisian dan kisah-kisah yang dibawakan sangat menarik, tetapi disebabkan kekurangan ana dalam bab2 penyampaian ni..jadi, agak sukar dan agak lambat la jugak untuk menge'post' satu2 entry baru. ana akui, ana tak cekap bab2 IT..
tak pandai pun berblogging2 nih..
tapi rasa ingin mencuba tu ada..minat pun..boleh laa..dm 75% :)
sirius, tak pandai pun nak buat background lawa2 yang ala2 sedap mata memandang,
pastu dengan letak box itu box ini..macam2 la..
jelez sebenarnya dengan mereka2 yang pandai2 ni..haisyy
[ni dlm kategori hasad yg dibenarkan kan??hee] 
sebenarnya bukan itu pun yang dinilai..tetapi isi dalam tu yang penting..
ya! tapi isi pun banyak kurang dan lemahnya..
[saya budak sedang belajar :)]

insyaallah post akan datang, akan ada penambahbaikan..
janji kepada pembaca..dan diri terutamanya..
untuk sentiasa berusaha berubah menjadi lebih baik,insyaallah..:)
mohon doanya~