::saLaM saTu AkiDaH::

::saLaM saTu AkiDaH::
~ahlan wasahlan wamarhaban bikum~

Sunday, May 15, 2011

SaBaR meNaNti..~..

When you love someone, its nothing... When someone loves you, its something... When u luv someone n they luv you back, its everything...

hmm xtaw kenapa rasa something sangat dengan ayat ni ..mungkin..sebab..........
pernah lalui?hmm..mungkin juga..arghhh..jiwa kacau..xmaw fikir..tapi..elak macam mana pon..suatu hari nanti..kena fikir jugakkan..

maaf sahabat2..entry kali ni agak jiwang..n..ntah pape la jgk..
huu..tapi ase nk mnulis jgk..tolong..!tolong..!tolong hentikan semua ni sal!!

ouch!stop it!

mungkin..kalau kita yang rasa benda 2..insyaallah,kita boleh kawal..paling tidak, cuba kawal..
tapi,kalau orang lain yang rasa?means..orang lain yang ada hati kat kita..
xde sape boleh halang..oh hati,tolong..tolong jangan rasa macm ni..
boleh ke??x kan?sebab ini semua fitrah..namun, kita boleh kawal..kan?
macam mana nak kawal 2??

insyaallah..ada caranya..
boleh search..'tips menjaga hati'

apa yang ana nak highlight kan di sini..xada yang mustahil..
kalau nak,semua boleh..insyaallah..biiznillah..
berusahalah..
when there is a will..there is a way..

kepada insan2 yang sedang menjaga hati..bergembiralah..insyaallah..ada ganjaran disisiNYA..
sepertimana sabda baginda..yang bermaksud..
barangsiapa yang jatuh cinta lantas menyembunyikannya perasaannya itu sehinggalah ajal menjemputnya, maka dia tergolong dalam kalangan orang yang syahid..

insyaallah..amiinnn~pabila ustazah mula berhujah..cehhh~
ok2..teruskan dengan topik sentence..hmm
susahkan nak jaga hati??..duhai hati..kenapa susah sangat nak jaga kau ni?susah sangat nk faham kau..nak tenangkan engkau..
tolonglah hati..aku merayu..bersabarlah dalam menempuh hidup ni..
tolong tanamkan keyakinan bahwa janji ALLAH itu pasti..^_^
sabarlah..
menanti..yang SOLEH..
dalam masa yang sama,perbaiki diri..jadilah solehah..


sedikit motivasi buat diri yang sedang lemah:



rahsia itu hanya KAU yang tahu 
namun aku tak mau jadi tunas cinta

tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku



rahsia itu hanya KAU yang tahu 
namun aku xmau jadi tunas cinta
namun harus aku ikhlaskan semua kasih cintaku
padaMU..


jangan berhenti..jangan terhenti..mencari teduh cinta sejati
aku peduli aku simpati..racauanmu..
aku menanti..ayuh solehah..yang indah budi sederhana..




betullah pesanan ni..



kan??kita tak akan kecewa dengan cintaNYA..
manusia lah yang sering buat manusia lain kecewa..

sedikit lagi suntikan semangat buat diri ni..
"telah tertulis seungkap nama di luh mahfuz yang peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu.."

so, untuk dapatkan yang baik, jadilah baik terlebih dahulu..
:)
oke..jom jadi BAIK!!



Tuesday, May 10, 2011

kahwin??jom!! ^^

assalamualaikum warahmatullah~

kaifa halukum?arju antum fissihhati wal afiah..daaiman..~
tetbe penyakit nak speaking arab datang..hee ^_^

terkejut dengan entry nih?rilex2~..baca dulu..
bismillahirrahmanirrahim..

ok lah..di pagi yang indah dan hening ni..ana nak sambung cite bab munakahat yang tergendala..
hmm..panjang lebar bab mahar hari 2 kan..tapi rasanya masih ada yang kurang lengkap..
takpa2..ada masa cuba search sendiri ya..

tajuk yang sesuai di mur0ja'ah hari ni..jeng3~
PERKAHWINAN la.. apa lagi..kan??
oke lah.. kita pergi kepada makna perkahwinan dulu..

perkahwinan bermaksud::;
suatu akad yang menghalalkan pergaulan diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan muhrim dan menimbulkan hak dan kewajipan antara kedua-dua mereka.

di sini saya selitkan satu dalil..
rasulullah pernah bersabda..
yang membawa maksud;  saya(rasulullah) sembahyang dan tidur, saya juga berpuasa dan berbuka puasa, saya juga berkahwin dengan orang-orang perempuan. Barangsiapa yang tidak suka dengan sunnah saya maka dia bukanlah dari kalangan saya.


see..nabi pon xmaw ngaku ummat tau kalo xkawen..
kesimpulannya..kawen la ye..bukan sekarang..
tapi tanamkan niat nak kahwin 2 mesti ada!
haisyy..tetibe bincang pasal ni lak..

oke2..kita teruskan kepada pelajaran seterusnya ya..
iaitu..HUKUM PERKAHWINAN::
gambar sekadar hiasan..:)


pada awalnya, hukum perkahwinan adalah HARUS..adakalanya, hukumnya boleh menjadi haram,wajib, sunat, dan makruh, bergantung kepada situasi seseorang itu..

ana sertakan sedikit penjelasan berkenaan HUKUM-HUKUM diatas:
WAJIB: apabila seseorang itu mampu memberikan nafkah zahir dan batin disamping tidak mapu menahan diri daripada berzina meskipun dengan berpuasa.
HARAM: apabila seseorang itu tidak mampu memberi nafkah zahir dan  batin malah memudaratkan atau mencederakan isterinya.
SUNAT: apabila seseorang itu mampu dari segi zahir dan batin tapi masih boleh menahan diri daripada melakukan zina.
MAKRUH: apabila seseorang tidak berkemampuan dari segi zahir dan batin tetapi keadaannya tidak memberi kesan buruk kepada isterinya.
HARUS: apabila seseorang itu mampu berkahwin, tetapi tidak ada perkara atau sebab yang mendorongnya untuk berkahwin.

kepada anda yang masih lagi terkejut dengan entry nih..boleh tarik nafas lega da sekarang kan?alhamdulillah~

x ada apa yang perlu dirisaukan. ana masih lagi single dan tidak terlintas untuk menamatkan zaman  bujang dalam masa terdekat ni..(cehh..ayat untuk sape nih?bakal IMAMku)hee..

buat sahabat-sahabat yang sudah xsabar lagi menunggu masa untuk diijabkabul..selamat menanti hari bahagia..jangan lupa jemput makan nasik minyak ye.. :)
barakallahulakuma..~

ma' assalamahh..wailalliqa'..



Monday, May 9, 2011

FiQh IbaDaH~ Munakahat..^_^ [mahar]

salam alaik..buat semua pembaca yang dikasihi sekalian..~

Alhamdulillah..hati kembali mendapat ketenangan serta merasai kedamaian dariNYA..
syukran lillah diatas nikmatMU yang tidak terhitung oleh hambaMu ni..sangat banyak .. :)






Memandangkan sekarang adalah musim study week, jadi..mood study skang ni lebih sikit..~
Jadi(bape bnyk jadi daa)  post kali ni.. berkisar tentang..MUNAKAHAT.. iaitu salah satu tajuk dalam subjek FIQH IBADAH. Di sini..nak share sikit laa..apa yang ana dapat hasil daripada mur0ja'ah..~:::






MAHAR...
dikenali juga sebagai maskahwin: merupakan satu pemberianyang diwajibkan ke atas seseorang suami apabila  berlangsung perkahwinan dengan perempuan(yang bergelar isterinya)
menjadi hak milik isteri sekalipun masih belum disetubuhi suami.


kita beralih pula kepada hukum mahar..
hukum mahar adalah WAJIB! berdasarkan firman allah dalam surah ANNISA' ayat 4..




yang membawa maksud:
"dan berikanlah kepada perempuan -perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang WAJIB (mengikut kerelaan mereka)


*mahar bukanlah rukun atau syarat sah perkahwinan.
*disebut dalam akad hukumnya sunat.
*tanpa menyebutnya, akad tetap sah..





SYARAT-SYARAT::


antara yang boleh dijadikan mas kahwin:
barang    benda    pekerjaan   kemahiran...


dengan syarat..::
1) hendaklah diambil dari barang @ benda yang suci atau pekerjaan yang bermanfaat
2) ia adalah milik si suami
3)mampu menyerahkannya kepada si isteri. Mahar tidak sah jika benda/barang sedang dalam rampasan orang dan si suami tidak mampu menyerahkannya kepada si isteri 
4) diketahui sifat dan jumlahnya.




KADAR MAHAR


kadar mas kahwin tidak ditetapkan oleh syarak


oleh itu, kadarnya adalah ditentukan oleh kedua-dua pihak (pengantin lelaki dan perempuan) mengikut kemampuan si suami dan dengan persetujuan bersama.
Sabda Baginda dalam salah satu hadisnya::






tetapi mahar yang baik adalah mahar yang sederhana kadarnya iaitu tidak terlalu mahal dan tidak terlalu mudah.. Suami wajib membayarnya dengan kadar dan nilai yang seperti yang disebut dalam akad. Jika kadarnya tidak disebutkan dalam akad, maka sisuami hendaklah menunaikannya sebagaimana yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.


apa yang menarik disini, saya ingin kongsikan beberapa cerita tentang mas kahwin...
kisah-kisah ini adalah diambil daripada potongan-potongan hadis yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabat baginda..


salah satu daripadanya..
diriwayatkan oleh anas..bahawa nabi s.a.w telah memerdekakan safiyyah dan menjadikan kemerdekaannya itu sebagai mas kahwinnya..menarik bukan??
memerdekakan hamba boleh dijadikan sebagai mahar..subhanallah..begitu indahnya ajaran ISLAM~


kedua:: diriwayatkan oleh abdullah bin amir bin rabi'ah, daripada bapanya..bahawa rasulullah telah mengharuskan perkahwinannya  dengan seorang perempuan hanya dengan sepasang sandal sebagai mas kahwin. lihat..betapa mudahnya ISLAM.. ^_^


kita lihat lagi..kisah ke tiga:
menurut satu riwayat, abu talhah al-ansari telah meminang Umm sulaim..akan tetapi..abu talhah belum lagi menganut islam pada ketika itu..Umm sulaim menjawab:: "jika kamu menganut Islam, maka itulah mas kahwin saya". Maka dengan ucapan itu, Abu Talhah menganut agama islam dan pengislamannya itu menjadi maskahwin perkahwinannya.


di sini dapat ana simpulkan..
ISLAM itu mudah..mengapa kita memayahkannya?
yassiru wala tu'assiru...
ISLAM itu INDAH..
jangan dirosakkan keindahan itu..
ISLAM itu PRIHATIN..
janganlah kita berlaku zalim..


sekadar perkongsian dari ilmu yang masih cetek..dan fikiran yang bertunas matang..
moga mendapat manfaat darinya..wallahu'alam..~ 




Sunday, May 8, 2011

Penerbangan Yang Sudah Ditempah..

first of all..
credit to..PENCINTA TINTA..

asiff jiddan..sahabat2 yang dikasihi sekalian..kebelakangan ini agak sibuk..jadi, susah sangat nak curi masa postkan story2, nsht2..serta pringatan buat tatapan sahabat2 smua(bajet cm ramai je) huu..tp..ana try jgk cari pengisian untuk dimuatkan..moga2 rohani kita tetap terisi dengan 'makanan' yang sepatutnya agar 'khasiatnya' itu masih kita perolehi dan nikmati walaupun dalam kuantiti yang tidak sebanyak sebelumnya..kerana apa yang penting adalah kualiti 'makanan' itu sendiri, bukan kuantitinya.. ^_^ sama2 kita renungkan..selamat beramal..  :)



Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat 
  •   Penerbangan ke sebuah negara.


Dimana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi
  •  Melalui Al-Quran dan Al-Hadith.


 Dimana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi 
  •   Al-Jenazah.


 Dimana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi 
  •   Amalan yg tiada caj lebihan berat.


 Dimana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi 
  •   Kain putih.


 Dimana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi 
  •  Kapur barus.


 Dimana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi 
  •   Al-Islam.


 Dimana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 
  •   'Lailahailallah'.


 Dimana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi 
  •   Izrail dan lain-lain.


 Dimana dalamnya bukan lagi 1st, business atau economy class, tetapi 
  •   hanya sekadar keranda kayu yg diukirkan.


 Dimana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi
  •   Tanah perkuburan.


 Dimana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi 
  •   bilik 7 kaki dalam & gelita.


 Dimana pegawai imegresen adalah 
  •   Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang  diidamkan.


 Dimana tidak perlu
  •   Pegawai kastam dan alat pengesan.


 Dimana lapangan terbang transit adalah
  •   Al-Barzakh.


 Dimana destinasi terakhir samada 
  •   Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.


 Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya..
  •   Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.


Penerbangan ini tidak akan 
  •   hijack atau dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang.


 Sajian tidak akan 
  •   Disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haramnya.


 Jangan risaukan delays 
  •   penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pd masanya.


 Jangan fikirkan tentang hiburan dlm penerbangan
  •   Kerana anda telah hilang selera bersuka-ria.


 Jangan bimbang tentang tempahan 
  •   Ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu.


 Ya! Berita Baik!! Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda 
  •   Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini.


 Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh! Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa
  •   'AMARAN'


 Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk
  •   PENERBANGAN 


 ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
FIKIR-FIKIRKAN!!


Thursday, May 5, 2011

Khas BuatmU...bakal IMAMKU..~

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




di copy paste dari ....dr.cinta~


Salam to all readers~ =) Rasa macam dah lama tak tulis tentang ni. Please let me be...








***



Kehadapan bakal suamiku yang aku sendiri tidak tahu siapa kamu;




Kumulakan bicara ini kepada kamu dengan menyebut nama Allah yang Agung. Maha Suci Allah yang menjadikan aku dan kamu, lelaki dan perempuan. Sebenarnya aku agak canggung untuk menulis tinta ini buat kamu. Ya, siapa pun kamu yang telah ditakdirkan Allah untukku, aku bersyukur seadanya, mengurniakan kamu padaku pada suatu masa yang telah Allah tetapkan.






Aku sedang menjaga hati ini hanya untuk kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa. Aku sedang menjaga diri ini untuk yang sah memiliki. Aku juga berharap yang sama dari kamu. Maka, aku tidak akan seenak-enaknya memberi senyuman manis kepada lelaki-lelaki lain. Aku juga tidak mungkin menyerahkan cinta dalam hati ini yang masih tersimpan rapi untuk kamu yang aku tidak ketahui siapa.





Pertamanya, aku mohon maaf secara terbuka, andai episod semalam pernah menyaksikan kecundangnya aku dalam bab cinta. Baru aku sedar, aku tidak pernah memberikan cinta kepada mereka, aku menipu diri sendiri. Yang pastinya, aku tidak pernah jujur. Aku bilang aku cinta tapi sebenarnya tidak; mungkin kerana keseronokan semata. Aku mohon maaf untuk itu andai kesucian hati sebelum ini pernah dirobek.




Kamu yang tidak ku ketahui siapa;



Aku cuma menginginkan kamu sedang dalam persediaan. Aku tidak kisah siapa pun kamu, yang penting kamu belajar. Menambahkan ilmu pengetahuan di dada, agar suatu hari nanti kamu boleh mengajar anak-anak kita dengan ilmu kamu. Aku tidak suka lelaki yang membuang masanya, berhabis masa bermain game PS2, atau chit chat kosong semata, atau hobinya melepak di warung-warung kecil di tepian jalanan. Kerana aku mementingkan ilmu sebagaimana aku sedang berusaha untuk meraih ilmu kini.




Aku juga mahu kamu yang tidak ku ketahui siapa kuat untuk berjaga malam demi merebut kasih Allah. Aku ingin, setelah pernikahan kita nanti, malam-malam kita diisi dengan tahajud cinta kepada-Nya bersama. Aku sangat menginginkan detik ini kerana aku sangat sukar melakukannya sendirian. Dan aku sangat mahu engkau yang menjadi imam pada setiap solat-solatku. Tolong tunaikannya...





Aku pasti sangat bersedih andai aku bisa dibuka hijab untuk melihat perlakuanmu kini, pemakaianmu, dan akhlakmu. Entahlah, dari dulu sehingga sekarang, aku sukar menerima lelaki yang memakai seluar pendek sehingga menampakkan aurat mereka. Aku sedang menjaga auratku juga dari terlihat oleh orang yang tidak sepatutnya, yang bukan halal bagiku. Aku sangat dukacita andai kamu yang aku tidak tahu siapa mudah patah hati dalam perjuangan menegakkan syiar di jalan Allah. Aku tidak mahu kamu mudah berputus asa, kerana aku akan sentiasa mendoakan kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa sentiasa bersemangat menjulang panji-panji agama. Semoga kamu bisa menjadi seperti Asadullah.




Maafkan aku, jika sebelum kita bertemu ini, akhlakku masih pincang, kata hati sering diikuti. Kerana itu Allah belum menemukan kita, kerana kita masih dalam perjuangan; perjuangan memburu cinta Illahi. Agar kasih kita suatu hari nanti bersandarkan kasih-Nya.




Bakal zaujku,



Aku sangat takut untuk mengharungi dunia ini seorang diri. Aku takut melihat jatuhnya akhlak remaja kini, aku takut andai aku terjerumus dalam semua itu. Aku juga khuatir melihat dunia kini semakin usang untuk didiami kerana tandusnya akhlak muda-mudi. Dunia kita kini jauh beza, dunia kita tidak sama dengan dunia Islam dahulu. Tiada lagi pemuda seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang menakluk Kota Konstantinopel pada usianya 22/23 tahun. Kiranya, aku pernah minta kepada Allah, agar Dia mengirimkan engkau secepatnya kepadaku agar aku dapat berlindung kepadamu tapi aku tahu kamu masih dalam proses membina diri, maka aku tidak mahu mengganggu fokusmu.




Yang paling penting, semoga engkau dapat menghormati kedua orang tuaku dan anggap mereka sebagai orang tuamu juga. Kasihilah mereka dan aku minta agar aku dapat berbakti untuk mereka walaupun tanggungjawabku akan beralih padamu suatu ketika.





Aku tidak tahu; sama ada bakal zaujku yakni kamu ini apakah aku kenal atau pun tidak. Siapa pun kamu aku terima seadanya, cuma aku mohon semoga kamu punya iman dan agama untuk membimbingku suatu hari nanti apabila tiba masanya saat kita dipertemukan Allah. Maafkan segala keterlanjuranku sepanjang hayatku sebelum kita dipertemukan; iaitu saat ini. 


Akhir kata, semoga Allah melindungi kamu dan aku walau di mana pun kita berada. Semoga Allah lah yang akan menjadi urusan utama kita pada setiap ketika, semoga syiarnya kita bisa perjuangkan walau di mana jua kita berada. Aku berharap agar imanmu sentiasa sihat. Insyaallah, aku akan cuba sedaya upaya untuk menjaga diriku sebaik mungkin. Hidupku cuma ada Allah, dan itu keyakinanku. Semoga kita dipertemukan oleh Allah pada masa yang telah Dia tetapkan untuk kita. =)








Aku tidak meminta kesempurnaan dari kamu, aku cuma meminta persediaan dari kamu untuk bersedia membimbing dan dibimbing, mentarbiyah dan ditarbiyah serta mendidik dan terdidik. 

buat renungan dan peringatan bersama~
salam mujahadah..salam muhasabah..
MUJAHADATUNNAFS~