::saLaM saTu AkiDaH::

::saLaM saTu AkiDaH::
~ahlan wasahlan wamarhaban bikum~

Wednesday, October 12, 2011

Cukuplah ALLAH bagiku..

salam alaik..
lamanya xmenulis,ase janggal sgt2..sgt2 janggal..ih,apa2 lah..ayat terbalik,terpusing,terbelit, huu
itu melambangkan pemikiran yang tengah kusut, serabut,huh!!
wahai diri, apa yang berlaku nih??ce cte, ce cte..
asiff jiddan, 2 3 hari ni ana dilanda kesedihan yang amat sangat..

kenapa??sebab..sebab..sebab sedih laa..sukar diungkap dengan kata-kata..(ayat apa neh??)
dan klimaks kepada kesedihan tu, macam biasa laa..kuhadapkan diri pada KEKASIH
[apa nih?time sedih baru nak ingat DIA ke??] astaghfirullah..banyak lagi nak kena muhasabah ni
jadi, di sini ana nak seru diri dan sahabat2 untuk sama-sama muhasabah
mengapa Allah timpakan ujian kepada kita?
mungkin Dia rindu akan suara hambaNYA..rindu akan tangisan rayuan memohon ampunan
lantaran dosa-dosa yang dilakukan..sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak..
manusia memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, namun sebaik-baik pendosa adalah mereka yang bertaubat..[sentiasa menyucikan diri]
****

mungkin kesedihan ini disebabkan kelalaian hamba sendiri
susah la nak terjemah dalam bahasa mudah..
akan jadi ayat complicated gak..haisyy
tiba-tiba jadi tak paham ngan diri sendiri..
apa yang ana dapat dari usrah semalam, benar-benar membuatkan ana berfikir..panjang
dan merenung diri, muhasabah
kata adik usrah "akak,saya segan la dengan orang-orang yang pakai tudung labuh ni, rasa diri ni jahil, tak layak, kerdil..hmm..dan saya cukup respek orang yang boleh istiqamah pakai, even bersukan, diorang tetap dengan tudung labuh tu, bagi saya mereka ni hebat".
hampir gugur air mataku..
begitukah pandangan manusia??
pada pandangan Allah?/adakah masih dianggap tinggi??
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, ana cuba jelaskan..
"dik, dipandangan Allah, semua manusia itu sama, apa yang membezakan adalah taqwa..pakai tudung biasa tak semestinya jahat, asalkan dilabuhkan tudung itu melebihi paras dada, itu sudah cukup, sudah mengikut syariat..namun jika yang pakai tudung labuh, dan tutup aurat dengan sempurna ni, memandang insan lain dengan pandangan yang hina dan penuh dengan kekurangan, maka sia-sialah, amalannya ibarat debu-debu yang berterbangan..sebab setiap amalan kita ni malaikat akan bawa bertemu allah, melalui 7lapisan langit, namun tatkala sampai dilangit ketujuh, didapati amalan itu disertai dengan riak, ujub, maka Allah dengan murkanya melemparkan semula amalan itu kemuka hambaNYA..tidak diterima..sia-sia kan??"
ringkas jawapanku sudah cukup untuk membuatkan diri yang sedang berbicara pada ketika itu turut mengalirkan air mata..
ya Allah, adakah amalanku diterima??
Jadi, apa yang penting adik-adik, buat sesuatu itu ikhlas, kerana allah
bukan kerana pandangan manusia semata-mata.
****

apa yang ana risaukan..hati ini..
hati yang penuh dengan titik-titik hitam, noda-noda dosa..
layakkah untuk dibawa bertemu ALLAH?
risaunya diri ini andai dibawa izrail bertemuNYA dalam keadaan yang masih 'kotor' 
dan tidak sempat menyucikan kekotoran hati ni..
nau'zubillah min zalik..
jadi di sini ana ingin menyeru sahabat-sahabat,
marilah sama-sama kita berusaha menyucikan hati,
koreksi diri, muhasabah kembali diri yang serba kekurangan ini..
moga usaha kita mendapat tempat disisiNYA..
aminnnn..insyaALLAH..

1 comment:

  1. terjumpa sumtin yg mnarik utk dikongsi::
    Question : Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu!. Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu...Tapi tak tau rindu pada siapa!.

    Answer from Ustaz Azhar Idrus : PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG
    HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR!.

    haaa...ingatkan saya dah tak normal ada perasaan sedih secara tiba-tiba...rupanya NORMAL dan PERKARA BIASA :)

    ReplyDelete