::saLaM saTu AkiDaH::

::saLaM saTu AkiDaH::
~ahlan wasahlan wamarhaban bikum~

Monday, October 17, 2011

:::::tak marah, okay!::::::

salamullahu alaik..
sekadar ingin meluahkan apa yang terbuku dihati selama ni
memang..betul la tajuk entry tuh! aku tak marah..
memang tengah ok sekarang nih, bukan nada perli or apa2..cuma mungkin ini cara terbaik untuk beritahu kalian
tentang apa itu erti sebuah 'keSABARan'

****
diam berfikir..yaa..adakalanya diam itu perlu
diam untuk berfikir, membuat pertimbangan..
tapi, adakalanya diam itu juga tandanya setuju..
[ayat owang merisik@ meminang salu camtu]
tapi ada jugak diam yang berada pada tahap kritikal..iaitu diam menahan marah..
diamnya seseorang itu kerana menahan marah adalah mulia..
kerana apa?kerana kesabarannya, mampu mendiamkan apa yang dirasakan 
sangat sakit,geram, and macam2 lah..
tapi seandainya dia mampu mengawal kemarahan itu dan memaafkan dengan tulus dan ikhlas..
maka berkali2 ganda mulia lah darjatnya disisi ALLAH..
kerana DIA sendiri telah berfirman.."innallaha ma'aSs0birin.."
***
apa yang ingin diluahkan di sini..adalah tentang orang yang selalu buat orang lain marah,geram,sakit hati..
macam mana tuh?kalau sekali dua terasa,ok lagi,boleh maafkan, ok lah kan..
kalau dah banyak kali sangat?and ramai pulak 2 yang tak puas hati dengan dia..
means..ramai yang 'naik marah' sebab perangai dia..
hmm..macam mana ye??
pernah dengar tak, tahap kesabaran dah capai TAHAP MAKSIMUM??
mungkin disinilah kemuncaknya, ALLAH nak uji betul ke hamba ni seorang yang penyabar..
kesimpulannya..sabar jela..
tapi!!ingat..sabar pun biarlah bertempat..
tatkala maruah diinjak2..tika diri dihina dikhalayak..
emm..memang kena diam and sabar je ke??
mana hak kita sebagai khalifah dibumi ni??
tegakkanlah kebenaran..tapi biarlah kena dengan caranya kan..
sebab semua benda kita buat, kena la ikut rukun..
ISLAM itu sendiri ada rukun yang perlu kita patuhi..
jadi, disini ingin ana kongsikan sedikit info..
***

RUKUN MARAH:
1. Orang yang marah
2. Orang yang dimarahi
3.Sebab marah.

jika lengkap tiga rukun ini, maka marahlah..
jangan pula orang yang  marah dan dimarahi itu bertelagah..biarlah satu pihak bercakap dan satu pihak lagi diam(mendengar)..
setelah habis pihak pertama marah, pihak kedua pula mengemukakan sebab..
mungkin apa yang dilakukan itu adalah sesuatu yang tidak sengaja..
dan mungkin juga satu2 pihak itu tidak sedar bahawa dia telah membuatkan satu pihak lagi marah..
kesimpulannya..
marah itu perlu.. :)
tapi biarlah kena pada tempat n caranya pun biarlah betul.. ^^
***

ok..ada lagi..
hmm..kalau perempuan marah, lelaki suka sangat cakap 'hormon xstabil'
'biasalah kalau perempuan emo tandanya..****'
 da lali sangat dengan statement2 camtu..
tapi sedarkah kalian kaum adam..
hawa tidak akan marah tanpa sebab..
kalau dikatakan emo..emo itukan perasaan..kenapa??kaum adam tak ada hati kah?
tak tahu apa itu perasaan??
mungkin sengaja butakan mata, pekakkan telinga, tapi ketahuilah, kami kaum hawa juga manusia..
jasad dan fizikal yang didera lebih mudah hilang parutnya berbanding mental dan emosi yang merana..
sekali hawa disakiti..walaupun bisa sembuh, tetapi parut tetap kekal..
ana hairan..kenapa masih ada kaum adam yang suka memperkecilkan kaum hawa..
fine..tak semua, cuma segelintir..tapi diri ni tetap kesal dengan sikap kaum adam yang macam tu..
susah sangat ke nak cakap 'boleh saya tolong?'
sampaikan kerja berat dan yang memang layak untuk kaum laki, perempuan yang buat,
masih diam lagikah?sekadar tengok?
hmm..ana tak paham lah..apa perasaan kaum adam yang macam ni..
ok..fine, selagi tulang empat kerat ni mampu..tidak akan sekali-kali aku mintak 'mintak tolong boleh?'
tapi kalau da diluar kudrat tu..memang mintak jugak la kan..'nak mintak tolong sket boleh?'
itu pun berapa kerat je yang sanggup n betul2 tolong..
duhai syabab..beginikah sikap kalian??
ke istilah 'syabab' tu dah kurang sesuai??
come on bro!! tak boleh fikir lagi ke kalau dah sampai tahap macam tuh??
kesal2..cukup kesal.. :'(
*tak marah ok..xmarah..~
mana sensitiviti kalian sebagai seorang pelindung kepada kaum yang lemah?
atau..kalian menganggap kita ini sama??
semua orang mampu?
salah sangkaan kalian..
duhai adam,ketahuilah..mereka yang sanggup menawarkan pertolongan disaat diri ini masih lagi mampu
sebenarnya amat bahkan LEBIH DIHARGAI berbanding mereka yang menawarkan pertolongan bila nampak
kaum hawa itu memang dah betul2 tak mampu..
[yang tak tolong langsung tu tak yah cakap la]

huhu..tak tau nak buat ayat macam mana dah..
dan bila semua dah ok..alhamdulillah..
sekurang-kurangnya..kata maaf dari kalian membuatkan kami lupa segala kepenatan n kesusahan sebelum ni(lupa ke?macam ingat lagi je..huu)
TAPI!! nak tunggu kata maaf tu pun susah..
apa ni?mana kome campakkan kemanusiaan kome??
aiii..aku pantang  betul laa orang yang susah nak ucap terima kasih n mintak maaf nih
bukan kena bayar pun!!
susah sangat ke?
sekali lagi nak tanya..SUSAH SANGAT KE???
ok..DIA lebih mengetahui..tak lapar pun dengan kata maaf n terima kasih korang tu..
janji..kami buat semua ni keranaNYA..
namun, andai tiada nilai kerjasama, simpati, pengorbanan..
apa ertinya sebuah persaudaraan??
bukankah orang mukmin itu bersaudara??
***

setakat ini dululah coretan pada kali ini..diharap luahan ini mendapat perhatian..
(ayat apa nih?)
fikir-fikirkan..
sesungguhnya yang baik itu daripada Allah, dan yang kurang itu adalah dari kelemahan diri ana sendiri..
asiff jiddan..wa syukr0n kasir0'~wallahu'alam


nota bukulali:: mengharapkan detik2 manis disini, sebelum aku melangkah pergi..
[cehh..gaya cam nak pergi xbalik2 dah tuh] ^_^
apa2 pun..terima kasih kerana sudi ajar aku erti sebuah 'kekuatan' n 'kesabaran'..

Wednesday, October 12, 2011

Cukuplah ALLAH bagiku..

salam alaik..
lamanya xmenulis,ase janggal sgt2..sgt2 janggal..ih,apa2 lah..ayat terbalik,terpusing,terbelit, huu
itu melambangkan pemikiran yang tengah kusut, serabut,huh!!
wahai diri, apa yang berlaku nih??ce cte, ce cte..
asiff jiddan, 2 3 hari ni ana dilanda kesedihan yang amat sangat..

kenapa??sebab..sebab..sebab sedih laa..sukar diungkap dengan kata-kata..(ayat apa neh??)
dan klimaks kepada kesedihan tu, macam biasa laa..kuhadapkan diri pada KEKASIH
[apa nih?time sedih baru nak ingat DIA ke??] astaghfirullah..banyak lagi nak kena muhasabah ni
jadi, di sini ana nak seru diri dan sahabat2 untuk sama-sama muhasabah
mengapa Allah timpakan ujian kepada kita?
mungkin Dia rindu akan suara hambaNYA..rindu akan tangisan rayuan memohon ampunan
lantaran dosa-dosa yang dilakukan..sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak..
manusia memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, namun sebaik-baik pendosa adalah mereka yang bertaubat..[sentiasa menyucikan diri]
****

mungkin kesedihan ini disebabkan kelalaian hamba sendiri
susah la nak terjemah dalam bahasa mudah..
akan jadi ayat complicated gak..haisyy
tiba-tiba jadi tak paham ngan diri sendiri..
apa yang ana dapat dari usrah semalam, benar-benar membuatkan ana berfikir..panjang
dan merenung diri, muhasabah
kata adik usrah "akak,saya segan la dengan orang-orang yang pakai tudung labuh ni, rasa diri ni jahil, tak layak, kerdil..hmm..dan saya cukup respek orang yang boleh istiqamah pakai, even bersukan, diorang tetap dengan tudung labuh tu, bagi saya mereka ni hebat".
hampir gugur air mataku..
begitukah pandangan manusia??
pada pandangan Allah?/adakah masih dianggap tinggi??
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, ana cuba jelaskan..
"dik, dipandangan Allah, semua manusia itu sama, apa yang membezakan adalah taqwa..pakai tudung biasa tak semestinya jahat, asalkan dilabuhkan tudung itu melebihi paras dada, itu sudah cukup, sudah mengikut syariat..namun jika yang pakai tudung labuh, dan tutup aurat dengan sempurna ni, memandang insan lain dengan pandangan yang hina dan penuh dengan kekurangan, maka sia-sialah, amalannya ibarat debu-debu yang berterbangan..sebab setiap amalan kita ni malaikat akan bawa bertemu allah, melalui 7lapisan langit, namun tatkala sampai dilangit ketujuh, didapati amalan itu disertai dengan riak, ujub, maka Allah dengan murkanya melemparkan semula amalan itu kemuka hambaNYA..tidak diterima..sia-sia kan??"
ringkas jawapanku sudah cukup untuk membuatkan diri yang sedang berbicara pada ketika itu turut mengalirkan air mata..
ya Allah, adakah amalanku diterima??
Jadi, apa yang penting adik-adik, buat sesuatu itu ikhlas, kerana allah
bukan kerana pandangan manusia semata-mata.
****

apa yang ana risaukan..hati ini..
hati yang penuh dengan titik-titik hitam, noda-noda dosa..
layakkah untuk dibawa bertemu ALLAH?
risaunya diri ini andai dibawa izrail bertemuNYA dalam keadaan yang masih 'kotor' 
dan tidak sempat menyucikan kekotoran hati ni..
nau'zubillah min zalik..
jadi di sini ana ingin menyeru sahabat-sahabat,
marilah sama-sama kita berusaha menyucikan hati,
koreksi diri, muhasabah kembali diri yang serba kekurangan ini..
moga usaha kita mendapat tempat disisiNYA..
aminnnn..insyaALLAH..